Friday, August 13, 2010

Bulan Puasa

Hari ini, Jumaat masuk hari ke-3 puasa.
Di SM Teknik Dato'Lela Maharaja Rembau aktiviti berjalan seperti biasa. Pagi jumaat pelajar baca surah Yasin dalam perhimpunan pagi. Kali ini majlis bermula sebelum 7.15 pagi lagi. Ini adalah suatu perubahan yang baik. Sebelum ini 7.25 pagi pun belum tentu boleh mula sebab pelajar turun lewat. Terima kasih kepada para waden yang bertindak membetulkan keadaan.
Disebabkan banyk sangat  pengumuman yang dibuat oleh cikgu-cikgu Abu Zaid, Sarmila dan Yusni (PK Kokurikulum), perhimpunan berlarutan sehingga 7.50 pagi. Hai...kadang-kadang cikgu-cikgu pun kena diingatkan tentang time management.
Lepas rehat akan diadakan penyusunan kerusi dan meja untuk peperiksaan percubaan SPM. Ini adalah di bawah kelolaaan En.Zaini, SU Peperiksaan Dalam. Harap semua berjalan lancar.