Saturday, October 23, 2010

Graduasi

Hari Sabtu ini ada 2 majlis graduasi yang saya tahu.
Majlis Graduasi di SMKA Pedas dan Majlis Graduasi SM Teknik Kajang.

Yang di Pedas memang dijemput tetapi saya tidak dapat hadir kerana balik bercuti di Kajang. Majlis di Kajang pula saya tidak diundang. Almaklumlah sudah lama meninggalkan sekolah (~ 3 bulan). Tapi jika diundangkan seronok...dapat berjumpa kawan-kawan dan anak murid. Tahun ini majlis graduasi di buat di Institut KWSP di BB Bangi. Baguslah tuu...sentiasa ada penambahbaikan. Syabas Teknik Kajang.

Insyaallah, saya akan cuba perkenalkan di SM Teknik Rembau pula pada tahun hadapan.