Tuesday, December 7, 2010

Cuti Sekolah Disember 2010

Tahun ini ada sedikit kelainan....
Pada masa yang sama dalam tahun sebelum ini, saya sudah pun selesaikan tugas menyediakan takwim sekolah dan jadual agihan tugas yang lain.. Selepas kertas Fizik SPM, saya sudah pun membuat persiapan untuk menanda kertas Fizik. Beli barang seperti pen, pensel san sebagainya untuk team saya. Seminggu lepas itu adalah mesyuarat dengan Ketua Pemeriksa dan kemudian pula mesyuarat dengan team sendiri. Sejak dari tahun 2003 menjadi Ketua Pasukan itulah rutin saya setiap tahun sehingga SPM 2009.

Setelah menjadi Pengetua mulai 16 Jun 2009, saya mengambil keputusan dengan berat hati untuk melepaskan tugas yang amat saya sayang ini.. Saya khuatir dengan komitmen sebagai Pengetua saya tidak dapat menjalankan tugas Ketua Pasukan dan Pengetua sekali gus dengan efektif. Yang akan menjadi mangsa adalah isteri dan anak-anak yang sedikit terabai.

Tahun ini mesyuarat peperiksaan adalah di Hotel Oriental Crystal Kajang!! - dekat dengan rumah di Sg. Jelok. Saya akan cuba berjumpa dengan kawan-kawan lama. Cikgu Ahmad, Burhanuddin (Bob), Kak Jamilah. Di samping itu, Khalili, Md Khir, Zainal Terengganu, En.Azhan, LPM dan lain-lain.

I will really miss that part of my life......I hope i can make this up by spending more time with my family. I am thinking of making an adventure trip ....getting to know places in Negeri Sembilan!!