Wednesday, March 16, 2011

Projek

Saya sedng mengikuti Kursus Pengurusan Projek di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands. Kursus adalah dari 14- 17 Mac 2010.
Pengurusan Projek didefinisikan sebagai kaedah yang meliputi set teknik tertentu berasaskan prinsip pengurusan yang digunakan untuk merancang, mengelola, memimpin, menganggar dan mengawal kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti untuk mencapai hasil akhir pada masa yang ditetapkan, mengikut anggaran belanjawan dan spesifikasi yang dirancang untuk mencapai kualiti.
Dalam bahasa yang paling mudah, projek lebih bersifat sementara dan bersifat one-off, ada mula dan ada akhir.
Program meliputi skop yang lebih besar dan mengandungi pelbagai projek lain.
Kelainan ketara dalam kursus ini adalah pengenalan kepada tools dalam membuat projek terutama sekali penggunaan perisian XMind untuk menjada Rajah Ishikawa dan juga Perisian Microsoft Project.
Interesting .....but not quite sure it can be put into good use in schools!!

Wednesday, March 9, 2011

Pejabat Pengetua

Pejabat Pengetua SM Teknik , .Dato' Lela Maharaja, Rembau terletak dalam bangunan yang dipanggil UFO mungkin kerana bentuknya seperti "flying saucer" iaiatu satu panggilan alternatif untuk UFO atau Unidentified Flying Object.

Kursus Technology Management Training Programme

Kursus ini telah diadakan pada 21 - 24 Feb 2011 dan dianjurkan oleh  Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Universiti Kuala Lumpur. Kursus ini adalah untuk Pengetua yang terpilih untuk mendedahkan mereka kepada aspek Technology Management.
Ia adalah sejajar dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sedang berlaku sekarang.
Satu halk yang menarik uialah pendedahan kepada Production Based Education yang berhasrat untuk melahirkan technologist masa hadapan yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif serta mempunyai ciri-ciri usahawan.

Sunday, March 6, 2011

McFly

Teringat kepada cerita  "Back to the Future" dengan Michael J Fox bila dapat berita beberapa orang pelajar asrama "fly" sekali lagi. Bagi yang tidak biasa dengan istilah "fly" ini , ia bermaksud keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran atau secara haram.
Perinciannya saya tidak boleh maklumkan di sini kerana blog ini dan link yang berkaitan dengannya mungkin dibaca oleh banyak pihak. Yang hendak dijelaskan ialah para pelajar sudah dimaklumkan banyak kali tentang kesalahan "fly ini. tetapi terdapat segelintir pelajar yang ingin menguji "resolve" kami tentang perkara ini.
Hakikatnya "fly" mengundang bahaya kepada diri pelajar seperti dilanggar lori, dipatuk ular (sebelah sekolah ada  ladang kelapa sawit), dibelasah leh orang jahat atau dirogol dan diliwat!! Implikasi kepada sekolah dan ibu bapa serta penjaga tidak terkira hebatnya jika perkara-perkara yang disebut tadi menimpa pelajar.
Namun begitu masih ada pelajar yang sengaja mencari pasal melakukan kesalahan ini. Adakah ianya kerana ada sebab -sebab yang mendorong pelajar untuk 'fly".
Dalam soal-siasat yang dilakukan oleh Penolong Kanan HEM dan para warden, sebab yang diberikan pelajar ialah mereka lapar dan ingin keluar makan di kedai yang berhampiran sekolah. Masalahnya , adakah makan minum di Dewan Makan sekolah tidak cukup atau tidak sedap untuk dimakan? Lagipun, tidak banyak  kedai makan yang buka jam 2 -3 pagi di Chembong dan sekitar Rembau.
Saya lebih kepada menganggap bahawa pelajar-pelajar ini "fly" kerana suka-suka sahaja. Ia telah wujud di semua sekolah yang ada asrama sejak zaman berzaman lagi. Soal lapar atau makanan tidak sedap di asrama adalah sekunder sahaja.
Walaubagaimana pun sebagai Pengetua, dari segi sudut makanan di asrama atau keadaan yang tidak kondusif untuk pelajar tinggal dan belajar di sekolah , saya perlu siasat dan cari jalan penyelesaian untuk mengurangkan jika tidak menghapuskan budaya "fly" ini.
Hmmm....nak ajak anak-anak  saya tengok Marty McFly dalam 'Back to the Future' semula.....

Saturday, March 5, 2011

My favorite theme music


The new theme music is just as catchy, but somehow the new actors playing McGarett, Dano, Kono, Chin etc don't seem to blend with me.

Wednesday, March 2, 2011

BLOG SEKOLAH

Sering saya fikirkan bagaimana hendak menguar-uarkan lagi maklumat tentang sekolah. Kami sudah ada web-site tetapi sama ada maklumat yang ada padanya dapat di akses oleh orang di luar sana ....tidak dapat dipastikan. Web-site sekolah diselenggarakan oleh En. Yamin. Cara untuk update web-site itu hanya dia seorang saja yang tahu.

Baru ini saya minta seorang pelajar untuk memulakan blog sekolah. Saya panggil blogmaster lah.....Sekurang-kurangnya saya tahu sedikit tentang cara hendak update blog sebab saya pun ada blog sendiri - Joned's Musings. Jadi, jika saya hendak memasukkan maklumat dengan sendiri tidak perlulah saya menyusahkan blogmaster  berkenaan. Setakat ini satu feature tambahan yang saya minta masukkan ialah keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Diharap akan lebih menarik lagi blog sekolah ini setelah dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa .....macam blog Pengetua SMV Ampangan.