Thursday, February 24, 2011

Kursus oh kursus!

Assalamualaikum wbt.
...baru balik hari ini dari berkursus di Selesa Beach Resort, Port Dickson dari 21 - 24 Feb 2011.. Kursus "Technology Management Training Programme" dikendalikan oleh Universiti Kuala Lumpur bagi pihak Unit Kejurulatihan, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.
30 orang Pengetua SMT dan SMV dari seluruh negara turut hadir. Kursus ini mempunyai tema umum yang sejajar dengan arus transformasi yang melanda pendidikan Teknik dan Vokasional

Konsep yang paling menarik ialah Production Based Education (PBE) yang memasukkan elemen keushawanan dan teknologi dalam pendidikan vokasional. Pelaksanaan School Enterprise adalah program sedia ada yang akan berkembang lebih hebat lagi jika PBE diperluaskan.

Lawatan ke Malaysian Institute of Aviation Tecnology (MIAT) juga diaturkan oleh penganjur. MIAT yang terletak di Jenderam Ulu dekat Salak Tinggi adalah salah satu dari kampus utama Universiti Kuala Lumpur.

Tuesday, February 1, 2011

Cuti-cuti yang tak cuti.

SMT Dato'Lela Maharaja Rembau cuti sekolah selama seminggu sempena Cuti Tahun Baru Cina. Hampir semua sekolah yang ada murid atau guru yang berbangsa Cina akan mengambil cuti sebegini. Tetapi seperti biasa, kemudian kena gantilah....Pada 22 hb Januari lepas sudah ganti  sekali dan kami di Teknik DLM melaksanakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.

Pada 28hb Jan diadakan Majlis 3-penjuru iaitu perjumpaan di antara ibu-bapa, guru dan pelajar tingkatan 5 untuk membincangkan prestasi pelajar  dalam Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Dalam majlis berkenaan juga diadakan penyerahan lencana Elite DLema dan Permata D'Lema bagi pelajar yang mendapat 5A keatas dan yang lulus sempurna dalam semua mata pelajaran.

Yang tidak berapa seronoknya ialah anak yang bongsu, Farhad bersekolah pada hari Isnin(31 Jan) dan Selasa (1 Feb.). Jadi tidaklah kemana-mana cuti sekolah ini. Elok juga, saya terus datang kerja di sekolah dan Aliya boleh mula menyertai kelas tuisyen Add Maths yang dikendalikan oleh Cikgu Ridhuan dari SMK Dato'Sedia Raja.

Cadangnya Raya Cina ini nak pergi rumah member, Chang Yew Shean di Sg.Long. Ada siapa nak ikut.?