Friday, December 14, 2012

Pembinaan bangunan Baru

Pada 12 Disember 2012 jam 3.00 ptg diadakan Mesyuarat Teknikal pertama di Bilik Gerakan KV DLM Rembau. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hj.Zamri b. Mat Kasim, Jurutera Daerah (JD)Rembau. turut hadir ialah Hj.Kalam, Cik Safura, En.Amran dari JKR dan wakil dari Big Phase - kontraktor utama.
Sungguhpun projek bangunan secara rasminya bermula pada 15 oktober 2012, tetapi progress adalah perlahan mengikut JD. En.Jeffri, wakil dari BigPhase telah memberi penjelasan.

Masalah yang dibincangkan:
1) hoarding yang kurang sesuai sekeliling kawasan projek.
2) masih ada lagi bangunan dan pokok yang belum dirobohkan.
3) gate utma yang dibunakan untuk keluar dan masuk kawasan projek
4) ada 4 struktur lindungan (rumah hijau) yang berada dalam kawasan pembinaan - perlu dialihkan
5) penggunaan tandas ladang (milik kolej)oleh pekerja kontrak - akan diatasi.

JD mahu supaya dalam mesyuarat progress yang akan datang mestilah diadakan di site office.

Nampaknya pihak kolej kena memikirkan cara untuk memindahkan struktur lindungan ke tempat yang lebih sesuai. Masalahnya tiada guru yang dapat membantu dalam opearsi ini.. Nasir, Hj.Padzil dan Suhairi akan datang pada hari Sabtu15 Dis utk memantau kawasan sesuai, di samping memindahkan atau menjual sisa bangunan yang dirobohkan..





Selepas projek bermula.

Sebelum projek bermula



Thursday, August 23, 2012

Saturday, July 14, 2012

Bekerjasama....lahhh

Minggu hadapan di antara 16 -19Jjulai 2012, hampir 10 orang guru saya akan keluar untuk tugas rasmi di luar kolej. Satu kumpulan untuk kerja kurikulum Kolej Vokasional (KV) dan satu kumpulan lagi untuk kerja berkaitan pentaksiran  KV.
Yang menariknya, ada 6 orang guru saya yang dipanggil untuk kedua-dua mesyuarat tersebut. Perkara sebegini sudah banyak kali berlaku di kolej kami memandangkan kepakaran dalam bidang pertanian di SMT/SMV/KV terhad kepada yang bertugas di 5 institusi sahaja - Teluk Intan, Chenor, Rembau, Lahad Datu dan Langkawi. Langkawi pula sudah hendak tutup kursus pertanian mereka (....ini cerita lain)
Yang tidak berapa sedapnya ialah, jika terlalu ramai guru yang keluar pada satu satu masa maka yang menjadi mangsa adalah para pelajar. Di samping itu juga projek dan aktiviti yang dirancang  turut terbantut. Macam manalah hendak tercapai visi kami menjadi "...peneraju utama dalam aliran vokasional pertanian."
Saya ada menelefon seorang pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan mencadangkan kepadanya supaya berhubung dengan pegawai di BPTV dan berpakat untuk menyelesaikan masalah ini. Kedua-dua entiti ini penting dalam pelaksanaan Program Kolej Vokasional, khasnya dan Transformasi Pendidikan Vokasional, amnya.. Justeru, mengapa perlu bercakaran sedangkan penyelesaian terbaik ialah melalui rundingan kerjasama.
Malangnya respons daripada pegawai berkenaan ialah ; "Tuan fikirkanlah penyelesian yang terbaik...bagaimana untuk mengagihkan guru-guru tuan ke mesyuarat tersebut."

"Ohhh begitu kerr....saya rasa penyelesaian terbaik ialah saya tidak benarkan terus guru-guru saya keluar. Saya tidak mahu proses p&p untuk pelajar saya terjejas...."  rasanya hendak menjawab begitu, tetapi tidak sampai hati memandangkan dia pun pegawai kerajaan yang makan gaji macam saya juga.  Saya hanya mampu berharap pegawai-pegawai lebih proaktif lagi dalam menyelesaikan masalah dalaman bidang pendidikan ini.

Selamat bermesyuarat ....you guys!

Wednesday, April 25, 2012

Pantau Memantau

Sejak naik status daripada Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional tahun ini pelbagai pelawat yang kami terima. Meriah jugalah tahun ini. Saya ambil positif sahaja perkembangan terbaru ini kerana ia adalah ke arah memantapkan lagi kolej kami.

13 April 2012
PraAudit 5S. Masa ini masih dalam perjalanan balik dari persidangan Pengetua di Kuantan, Pahang.

17 April 2012
8.30 pg: Pamantauan Bersepatu Program Rintis Kolej Vokasional. Yang hadir ialah 1. Hj.Zulkiflee Abd Rahman dari BPTV  2. Hj.Sazali  - Jemaah Nazir 3. En.Anuar Maasom, BPK  4. Hj. Suhaimie  IPG Pendidikan Teknik. 5. En.Kamarul dari Lembaga Peperiksaan


18 April 2012
Pemantauan Makmal Komputer PPN oleh Pegawai PPA Batu Pahat.
Pada hari yang sama ialah Pemantauan Pentaksiran dalam Kolej Vokasional oleh 4 orang pegawai LPM: En. Mazlan. En.Tamri, Pn Alwiyah, Ust Yassin.
23 April 2012
Pemantauan Audit Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia: En Rrahim dan En.Akram. kontraktor Kebersihan diberi amaran untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka.
Dalam sibuk-sibuk ini, kena pergi pula, Seminar Integriti hari Ahad ini di Paroi. Alamakkk.......

Sunday, March 18, 2012

Sakit Kaki ku hendak ke Kundasang

Pada hari Isnin, 5 Mac , rasa OK sahaja. Entah kenapa, hari esoknya mula rasa sakit di bahagian belakang buku lali kaki. Sudahhh....gout aku datang kembali kerrr.

Selepas Maghrib, hari Selasa itu, aku ke Klinik Ibnu Sina dekat Fresco Chembong. Doktor itu kata bukan gout tetapi sakit dekat tulang lembut. Dia bagi pain-killer dan ubat sapu .....memang sudah jangka.



Sakit dekat tulang belakang paling kanan sekali...
Hari Rabu petang, 7 Mac, pergi ke Tampin bersama En.Hassan, Guard Kolej berjumpa tukang urut Cina. Hari Khamis petang, ulang sekali lagi. Bayaran RM25,00 sekali treatment.

Pada hari Jumaat, 9 Mac, sakit masih belum reda lagi dan ada 2 majlis besar iaitu Majlis Pelantikan Pengawas pada waktu pagi dan Mesyuarat Agung PIBG pada waktu petang. Haslina yang tersangat kasihan, belikan tongkat untuk aku. Segan pula nak guna.....

Hujung minggu kena layan kenduri kawin jiran aku, En.Kamaruddin Jamin diTaman Jelok Indah, Sg.Jelok. Bertugas sebagai pembantu chef kepada Chef Zamsari dan Chef Rahimah. Aduhh sakit kaki kuuuu....

Hari rabu, 14 Mac pula, lepas Maghrib juga pergi berurut dengan Pa'Cik Mahat di Taman Sri Rembau. Jika ada kawan-kawan lalu depan rumah dia jam itu dan dengar orang meraung....itu aku lah tuuu he he he.

Sampai hari ini, tumit kaki kanan aku masih rasa kurang selesa apabila berjalan. Minggu hadapan Selasa, 20 Mac hendak ke Kundasang Sabah. Silap-silap Pengarah suruh panjat Gunung Kinabalu, aper....he heh he

Tak apa....kuatkan semangat. STAY YOUNG, STAY FOOLISH, STAY RELEVANT.

Kundasang, here I come!!

Thursday, March 15, 2012

Keputusan SPM 2011

Mula-mula kata 22 Mac, kemudian semalam dalam berita TV3 kata hari rabu 21 Mac 2012. Saya harap anak-anak murid yang mendengar pengumuman ini dapatlah hadir untuk mengambil keputusan masing-masing. Bukan tidak boleh datang hari lain, cuma hari lain takut guru-guru yang hendak dijumpai tiada di sekolah atau sibuk urusan lain. Sebelum datang, cuba baca sekejap peringatan di bawah:


Semua Penerima Keputusan SPM 2011

Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja,
71300 Rembau,

Negeri Sembilan.


MAKLUMAN PENERIMAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011


1.        Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kolej mengalu-alukan kehadiran pelajar untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM pada hari Rabu, 21 Mac 2012. Sehubungan dengan itu, pihak kolej ingin memaklumkan beberapa perkara tentang etika berpakaian dan aturcara pada hari berkenaan.

2.       Pakaian:

·         Perempuan        -              Berbaju kurung / pakaian yang tidak menjolok mata dan
      Bertudung adalah digalakkan.

·         Lelaki                     -              berbaju kemeja, berseluar slack, berkasut serta berambut
                                                pendek dan kemas.

3.       Aturcara

11.00 pg                               -              Pelajar penerima keputusan dibenarkan masuk

12.00 tgh                              -              Taklimat Pengarah dan penyerahan slip keputusan pelajar
                                                              cemerlang.


Selepas 3.00 ptg pada hari tersebut dan hari-hari berikutnya, slip keputusan boleh diambil di pejabat sekolah dari jam 8.00 pg hingga 5.00 ptg.

4.       Kerjasama semua pelajar didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


MOHD JONED  MUSA
Pengarah,
Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja,
Rembau, N.S.

Tuesday, February 21, 2012

Sampai bila....

Pagi tadi jam 10.30 pg, KV DLM Rembau dikunjungi pegawai JKR dari pelbagai jurusan dan pejabat.  Maksud saya pegawai dari ibu pejabat JKR di Maju Tower Kuala Lumpur dari Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi diketuai oleh Pn.Hjh.Talhah. En.Raihan dari Bahagian Kejuruteraan Awam, En.Muzammil dari Bahagian Kej.Mekanikal, Pn (apa namanya) dari Bahagian Elektrik (office di Mid Valley, Mega Mall) dan wakil dari JKR Negeri Sembilan dan JKR Rembau,

Kehadiran mereka ialah untuk melihat secara dekat kawasan pembinaan yang dicadangkan untuk Projek RMK-10. Ini adalah perjumpaan ke-4 saya dengan pihak JKR. Dua perjumpaan pertama di Maju Tower awal tahun ini dan perjumpaan ke-3 ialah di BPTV, Putrajaya.

Dalam perjumpaan ke-3, dimaklumkan yang perancangan awal bangunan-bangunan dan infrastruktur yang lain melebihi siling bajet yang ditentukan. Terpaksalah beberapa bangunan dan kemudahan di 'sacrifice' kan. Misalnya, kandang kambing terpaksa dikeluarkan. Bilangan reban ayam penelur dan ayam pedaging dikurangkan. Stor peralatan tidak jadi buat. Bilik yang asalnya ada 'air-cond' terpaksa menerima kipas angin sahaja.

Dalam perjumpaan ke-4 ini pula, lagi perubahan drastik dimaklumkan. Yang memeranjatkan ialah exit ke jalan menuju ke ILP Pedas(bertentangan dengan pintu masuk ke Pusat Jagaan Kanak-kanak Rembau) tidak dapat diadakan kerana ia berhampiran dengan simpang 4 yang berlampu isyarat. Kiosk Agro yang dirancang untuk dibina di exit ini terpaksa dipindahkan ke kawasan berhampiran gate ke-2, bersebelahan dengan padang sekolah.

Nampaknya, En.Bukhari, arkitek JKR terpaksa pergi balik ke drawing board. Saya harap ia tidak melambatkan permulaan projek pembinaan yang dijangka bermula sekitar September 2012.

Fuhhh......nampaknya warga KV DLM Rembau perlu menunggu lebih lama lagi.

Sunday, February 19, 2012

Anything Korean....

New Sunday Times, 19 Feb 2012

Arman Ahmad wote a piece on Sophia Suraya Ridza Abduh who studied in Korea from 2003 to 2009. The thing that made her stand out from the hundreds of student who went there to study was the fact that she had spent about 2 1/2 years on one of the most popular variety shows on Korean TV - Chit Chat with Beautiful Ladies.

The show was so well known that it made her a celebrity of some sort. She gave an account of incidences where she was stopped by total strangers and told how they or their parents liked her very much. In one episode, near the end of her stint in the show, she was even proposed!!


One point that strike the patriotic string in me is when she mentioned that Koreans in general looked upon Malaysians rather highly. The older generation there seemed to know "Mokhtar Dahari" a.k.a SuperMokh quite well. For those of you young ones reading this, there was  a time when Malaysia was on par with the Koreans when it comes to football prowess. Now, we are left way way behind.

In these days of K-Pop, Super Junior, SBS and The Running Man, the article by Arman Ahmad is indeed heart-warming and contemporary.

Thursday, February 16, 2012

Tablet Computer

Pengarah BPTV mengarahkan semua Pengetua /Pengarah KV supaya mendapatkan tablet computer seperti Samsung Galaxy Tab 10.1 Maka ramailah Pengetua yang sudah beli dan menunjuk-nunjuk kepada kami yang belum beli ini.

Saya masih lagi menggunakan hand phone Sony Ericsson Cyber Shot dgn kamera 3.2 megapixel dan notebook computer Acer Aspire 4736G dengan Intel Core 2 Duo processor,dan 14.0 in screen, 2.2 GHz. Setakat ini memang saya puas hati dengan kedua-duanya. Saya juga ada Canon PowerShot A470 dgn 7.1 megapixel.

Samsung Galaxy Tab 7.0 in
Memang saya teringain hendak beli handphone baru yang pakai touch screen tetapi bila dengar arahan Pengarah terpaksa tukar pelan.

Takkan hendak beli handphone Samsung Galaxy Nexus untuk talipon dan Samsung Galaxy Tab 7.0 untuk tablet computer. Jumlah kedua-duanya melebihi RM 3000 !!

Untuk menyelesaikan masalah ini saya berkenan dengan Samsung Galaxy note yang boleh diumpamakan sebagai sebuah device hibrid kerana mencantumkan fungsi talipon dengan tablet. Ada editor majalah tech menganggap Samsung Galaxy Note sebagai " a mini tablet". Tidak kurang juga yang kutuk  ianya sebagai talipon yang terlau besar saiz skrin dan terlalu kecil sebagai tablet.





Main Display Size
5.3”
Main Display Technology
HD Super AMOLED™

User Interface
Features
Widgets; TouchWiz; Social Hub; Smart Unlock; Accelerometer

Camera
Camera Resolution
Rear- facing Camera Resolution: 8.0 Megapixel
Number of pixels across and down that are used to capture an image. More pixels, the sharper the photo.
8.0 Megapixel
Front-facing Camera Resolution
2.0 Megapixel
Digital Optical Zoom
4x
Features
Auto Focus; Camcorder; DivX HD® ; HD Recording; HD Playback; TV-Out

Audio
Features
Music Player

Messaging Options
Features
  

 
Memory
Internal Memory
16GB

Tuesday, February 14, 2012

Tribute untuk Whitney Houston

Whitney Houston meninggal semalam pada usia 48 tahun. Saya mula mengenali dia rasanya pada tahun 1985-86. Suara dia memang mengancam, macam kita punya Ning Baizura.

Antara lagunya yang sangat popular ialah "I will always love you" yang direkod pada tahun 1992 untuk filem pertama Whitney, The Bodyguard bersama Kevin Costner. Yang menariknya lagu ini telah dicipta dan dinyanyikan buat kali pertama oleh Dolly Parton sebagai sebuah lagu rentak country pada tahun 1974.

Versi Whitney berentak soul  dan meletup pada jangka waktu yang lama.

Whitney meninggal dunia dalam keadaan dirinya tidak terurus kerana dadah dan arak. Semoga kita dijauhkan dari bahana ini.


Saya mendapat tahu, salah seorang dari guru saya, Mr.Fong meminati Whitney Houston. Saya sertakan video lagu Whitney di bawah , tetapi dinyanyikan oleh seorang pemuda Cina dalam satu program hiburan Hong Kong, agaknya..

Monday, February 13, 2012

English Language Materials

Salam.
I can't remember who gave me these power-point files. I just want to share with my readers and at the same time I can practice using my mediafire uploads.



Power-point files for English Lessons



Selamat Mencuba.

Saturday, February 11, 2012

Majlis Konsolidasi Pendidikan Vokasional

Pagi ini selepas solat subuh seramai 54 orang guru akan ke Universiti Tun Hussein Onn(dulu KUITTHO) di Parit Raja, Batu Pahat kerana menghadiri Majlis Konsolidasi Pendidikan Vokasional. Belum pasti lagi format majlis itu tetapi mungkin dalam bentuk seminar. Terdapat juga ura-ura yang perjumpaan ini akan mengandungi elemen ceramah politik tetapi kami tunggu dan lihat. Yang pastinya dapat makan angin dan menyertai majlis ilmu di Batu Pahat. Diharap mereka hidang beriyani gam untuk lunch!
Asalnya BPTV meminta semua guru untuk hadir tetapi disebabkan beberapa program yang sudah di atur dan melibatkan orang luar maka terpaksalah seramai 20 orang guru dikecualikan. Di antaranya ialah 16 orang guru yang akan mengikuti Bengkel membuat Blog untuk unit masing-masing. Bengkel ini dikendalikan oleh En.Nasir Mukhriz dan En.A.Rahman Hitam. Ia akan dilaksanakan di Makmal Komputer sekolah dibawah penyelarasan Puan Diana Aziera dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tgh.

Warga KV DLM Rembau tidak sabar-sabar menunggu produk dari bengkel blog di atas.

Selamat berbengkel dan "chillax" - Rozie Tahir di Batu Pahat.

p/s chillax - chill and relax he he he....

Monday, February 6, 2012

Sooooo....out of touch!

The Anugerah Juara lagu (AJL) was last week. M Nasir must have spent the bulk of his award money by now  to  'belanja' his 'anak buah' His winning composition "Awan Nano" emerged as the Song of the Year.  The best vocal award was also given to the chap who sang the song , "Herman Tino" look-alike, Hafiz.
To tell you he truth, apart from "Awan Nano", Anuar Zain's "Sedetik Lebih" and perhaps Najwa Latif's "Cinta Muka Buku", I was not really familiar with the other competing  nine songs .
I kept on saying to my wife and daughter, "Ayah tak pernah pun dengar lagu ini....".
My daughter replied, " Kan selalu keluar dalam radio dan TV?"
"Yes ,.,,,aaah?", I said. " I need to watch TV more often....I'm soooo, out of touch."
To keep abreast with the Malaysian entertainment scene, especially the latest tunes, I have decided to peruse the internet for names like Alyah, Shila Amzah, Yuna, Aizat, Faizal Tahir's Karma and so on. I have also taken the liberty of downloading certain videos from you tube.

Here is my wif'e's favourite: Beribu Sesalan sung by 3 ladies - Shila Amzah, Ning Baizura and Jac Victor. Their vocal prowess is without doubt among the most awesome in the business.

Sunday, February 5, 2012

Frustrating experience

There is still a lot to learn about this blog thing.

Joned

Aaron Aziz Rembau, Part 2


Seperti mana yang dijanjikan saya akan cuba upload video montaj Pendidikan Vokasional oleh BPTV, Kementerian pelajaran Malaysia, Ia mengandungi imej Penolong Kanan kami, Hj.Aminordin, lembu, kambing,ayam, cendawan dan pelajar KV DLM, Rembau.
Video ini ihsan dari Pn.Syikin dan En.Sarimin dari SMV Juasseh.
Terima kasih.

Saturday, February 4, 2012

Alamak I have converted my blogger to google plus. How do I revert back....

Virtual P&P

Dalam Mesyuarat Guru kali ke-2, saya menekankan bertapa pentingnya kita mendokumenkan atau merekod  segala apa tindakan yang kita lakukan sewaktu menjalankan tugas harian. Dokumen ini boleh jadi dalam fail teks, gambar mahu pun video.
Keperluan ini menjadi lebih penting dan urgent apabila sekolah telah ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional. Tiada buku teks, tiada modul, tiada CD. Guru hanya dibekalkan dengan salinan sukatan pelajaran/NOSS/kurikulum (panggil lah apa-apa pun) dan sedikit taklimat bagaimana hendak menjalankan kursus baru ini. Apa yang lebih diperlukan ialah WIM (Written Instructional Manual). WIM  ini selalunya disediakan oleh pusat bertauliah yang mengendalikan sesuatu kursus kemahiran. Oleh kerana itu, pusat-pusat ini agak keberatan untuk berkongsi  WIM yang mereka telah bertungkus lumus menyediakannya.
Apatah lagi, WIM untuk kursus pertanian seperti mana yang ditawarkan di Kolej Vokasional DLM Rembau ini tidak banyak terdapat di mana-mana institusi latihan kemahiran pertanian. Jika ada pun,cuma untuk tahap 1 atau 2. Jarang sampai ke tahap 4 seperti mana yang dikehendaki. Ini tidak termasuk untuk kursus baru seperti tanaman herba yang NOSS untuknya belum pasti lagi ada atau tidak.
Berlatar belakangkan ini, maka, hendak atau tidak pusat latihan seperti di KV Rembau ini terpaskalah menyediakan WIM sendiri di samping berusaha mencari, meminta,memujuk atau membeli WIM dari tempat lain.
Penyediaan WIM memerlukan planning yang komprehensif, pembahagian kerja yang efficient dan tenaga kerja yang komited. Penggunaan komputer di kalangan semua staf pengajar mestilah extensive dan sistematik. Setiap WIM atau bahan pengajaran itu perlu dikatalogkan, disimpan dan dapat diakses oleh semua staf yang berkenaan. Bahan ini juga atau panduan pembelajaran yang lain sepatutnya dapat diakses oleh pelajar juga.
Justeru, saya telah mencadang kepada setiap unit kursus menyediakan blog mereka sendiri untuk mememuatkan bahan-bahan p&p. Mengapa blog dan bukannya laman sesawang ialah kerana pada pendapat saya mempelajari blogging lebih mudah dari buat web-site.
Saya harap kursus membuat blog yang telah diaturkan oleh Pn.Diana Aizera dan En.Rosli serta melibatkan bekas pelajar sekolah/kolej ini pada 11 Feb 2012 depan dapat diadakan dengan jayanya.

Aaron Aziz Rembau

Ever since the launching of the Transformasi Pendidikan Vokasional  at the GM Institute in Bangi last month, I've been hinting that we have a new movie star in our midst. He is none othe than Hj.Aminordin b. Amat a.k.a. Aaron Aziz Rembau. Ironically, the man himself has not seen the video montage on TV. This is because he hasn't got ASTRO installed in his home!
When Rosli Sha'ban (our GKMP Teknik) and I were at Batu Pahat, we manage to coax Syikin of SMV Juasseh to copy the video from her notebook computer. The "premier opening" of the video was last Wednesday , 2/2/2012 during Teacher's Meeting.Obviously, Hj.Amin was delighted to see himself in action, even though it was really a very short appearance. Everbody commended on how good his voice sounds and perhaps his movie star good looks...ha ha ha
We all agree that if ever the Bahagian Teknik and Vokasional, KPM need voice-overs for their videos, or maybe do some acting then, our man can do a good job. Jangan lupa....10% for the school coffers!

From L to R: Hj Rawi (Rembau D.O), myself, Hj.Aminordin


I would love to upload the video as well, but my internet connections is the pits!! ..it would take forever.







Saturday, January 28, 2012

Guard yang Bagus 2

Sabtu pagi , 28 Jan 2012.

Projek mengecat masih lagi diteruskan.


Guard yang Bagus!

"Cat pondok jaga ni dah teruklah tuan. Jika ada cat, saya boleh tolong catkan" kata Alwi, salah seorang dari pengawal keselamatan Syarikat Safeforce di kolej saya, Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja Rembau.
Maka hari Khamis, 26 Jan yang lepas, saya belikan cat dengan aksesori yang lain di Rembau. Tidak sampai sejam daripada menerima barang yang dibeli Alwi, En.Hassan (Ketua Pengawal) dan Dijah sudah mula mengecat. Teruja saya melihat kesungguhan mereka untuk menjadikan post pengawal serta pagar dan gate hadapan sekolah dalam kedaan yang ceria dan menarik.
Pada hari Jumaat 27 Jan, saya belikan cat lagi untuk cat pintu post pengawal dan tembok gate hadapan sekolah. Waduuh....transformasi bahagian pintu masuk utama sekolah nampak lebih terserlah. Insyaallah, akan dimasukkan foto hasil usaha mereka. Tahniah dan terima kasih kepada kepada En.Hassan dan pengawal yang lain.

Thursday, January 26, 2012

Testing Mediafire

Salam.
Saya ssekarang sedang belajar bagaimana hendak upload files ke laman Mediafire. Mediafire is a popular file hosting service that one can use to upload large files so that it can be shared with other people.

Account dengan Mediafire sudah dibuka dan saya sudah upload beberapa files soalan percubaan SPM tahun 2011. Sekarang hendak cuba letakkan links dari mediafire ke blog saya, Joned's Musings.
Here goes ......


http://www.mediafire.com/download.php?cm90ahdbjxr0a9y
OK. Mari cuba.

Joned

Saturday, January 21, 2012

The new KV Rembau.

Banyak perubahan telah berlaku sejak posting saya yang terdahulu. Bermula tahun 2012, Sek.Men. Teknik Dato' Lela Maharaja kini dikenali sebagai Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja, Rembau. Title Rintis atau "pioneer" ini diberi kerana kami adalah salah satu daripada15  SMT/SMV seluruh negara yang dinaik-taraf kepada Kolej Vokasional (KV) dalam tahun 2012. Pada tahun 2013, 63 lagi SMT/SMV akan dinaik-taraf. Hanya 10 buah sekolah sahaja akan kekal menjadi Sek.Menengah Teknik. Antaranya ialah, SMT Tuanku Jaafar, Seremban, SMT Kuala Lumpur dan SMT Johor Bharu.


Kemasukan pertama pelajar KV DLM Rembau ialah pada 9 Januari 2012 yang lepas. Sehingga hari Khamis, 19 Januari lepas seramai 165 orang pelajar telah mendaftar. Seramai 40 orang lagi akan dijangka mendaftar masuk pada hari Isnin 30 Januari. Kursus yang ditawarkan ialah:

1. Hortikultur Hiasan

2. Landskap

3. Agroindustri Tanaman

4. Agroindustri ternakan Ruminan

5. Agroindustri Ternakan Poltri

6. Mekanisasi Pertanian
Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha ke arah Transformasi Pendidikan Vokasional ini.