Friday, December 14, 2012

Pembinaan bangunan Baru

Pada 12 Disember 2012 jam 3.00 ptg diadakan Mesyuarat Teknikal pertama di Bilik Gerakan KV DLM Rembau. Mesyuarat dipengerusikan oleh Hj.Zamri b. Mat Kasim, Jurutera Daerah (JD)Rembau. turut hadir ialah Hj.Kalam, Cik Safura, En.Amran dari JKR dan wakil dari Big Phase - kontraktor utama.
Sungguhpun projek bangunan secara rasminya bermula pada 15 oktober 2012, tetapi progress adalah perlahan mengikut JD. En.Jeffri, wakil dari BigPhase telah memberi penjelasan.

Masalah yang dibincangkan:
1) hoarding yang kurang sesuai sekeliling kawasan projek.
2) masih ada lagi bangunan dan pokok yang belum dirobohkan.
3) gate utma yang dibunakan untuk keluar dan masuk kawasan projek
4) ada 4 struktur lindungan (rumah hijau) yang berada dalam kawasan pembinaan - perlu dialihkan
5) penggunaan tandas ladang (milik kolej)oleh pekerja kontrak - akan diatasi.

JD mahu supaya dalam mesyuarat progress yang akan datang mestilah diadakan di site office.

Nampaknya pihak kolej kena memikirkan cara untuk memindahkan struktur lindungan ke tempat yang lebih sesuai. Masalahnya tiada guru yang dapat membantu dalam opearsi ini.. Nasir, Hj.Padzil dan Suhairi akan datang pada hari Sabtu15 Dis utk memantau kawasan sesuai, di samping memindahkan atau menjual sisa bangunan yang dirobohkan..





Selepas projek bermula.

Sebelum projek bermula



Thursday, August 23, 2012

Epic patent trial over iPhone goes to jurors - Yahoo! News

Epic patent trial over iPhone goes to jurors - Yahoo! News

Design handphone berbentuk 'rectangle with rounded edges' adalah hakmilik Apple Inc.?

Dah untung juta-juta pun tamak lagiiii....

Saturday, July 14, 2012

Bekerjasama....lahhh

Minggu hadapan di antara 16 -19Jjulai 2012, hampir 10 orang guru saya akan keluar untuk tugas rasmi di luar kolej. Satu kumpulan untuk kerja kurikulum Kolej Vokasional (KV) dan satu kumpulan lagi untuk kerja berkaitan pentaksiran  KV.
Yang menariknya, ada 6 orang guru saya yang dipanggil untuk kedua-dua mesyuarat tersebut. Perkara sebegini sudah banyak kali berlaku di kolej kami memandangkan kepakaran dalam bidang pertanian di SMT/SMV/KV terhad kepada yang bertugas di 5 institusi sahaja - Teluk Intan, Chenor, Rembau, Lahad Datu dan Langkawi. Langkawi pula sudah hendak tutup kursus pertanian mereka (....ini cerita lain)
Yang tidak berapa sedapnya ialah, jika terlalu ramai guru yang keluar pada satu satu masa maka yang menjadi mangsa adalah para pelajar. Di samping itu juga projek dan aktiviti yang dirancang  turut terbantut. Macam manalah hendak tercapai visi kami menjadi "...peneraju utama dalam aliran vokasional pertanian."
Saya ada menelefon seorang pegawai di Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan mencadangkan kepadanya supaya berhubung dengan pegawai di BPTV dan berpakat untuk menyelesaikan masalah ini. Kedua-dua entiti ini penting dalam pelaksanaan Program Kolej Vokasional, khasnya dan Transformasi Pendidikan Vokasional, amnya.. Justeru, mengapa perlu bercakaran sedangkan penyelesaian terbaik ialah melalui rundingan kerjasama.
Malangnya respons daripada pegawai berkenaan ialah ; "Tuan fikirkanlah penyelesian yang terbaik...bagaimana untuk mengagihkan guru-guru tuan ke mesyuarat tersebut."

"Ohhh begitu kerr....saya rasa penyelesaian terbaik ialah saya tidak benarkan terus guru-guru saya keluar. Saya tidak mahu proses p&p untuk pelajar saya terjejas...."  rasanya hendak menjawab begitu, tetapi tidak sampai hati memandangkan dia pun pegawai kerajaan yang makan gaji macam saya juga.  Saya hanya mampu berharap pegawai-pegawai lebih proaktif lagi dalam menyelesaikan masalah dalaman bidang pendidikan ini.

Selamat bermesyuarat ....you guys!

Wednesday, April 25, 2012

Pantau Memantau

Sejak naik status daripada Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional tahun ini pelbagai pelawat yang kami terima. Meriah jugalah tahun ini. Saya ambil positif sahaja perkembangan terbaru ini kerana ia adalah ke arah memantapkan lagi kolej kami.

13 April 2012
PraAudit 5S. Masa ini masih dalam perjalanan balik dari persidangan Pengetua di Kuantan, Pahang.

17 April 2012
8.30 pg: Pamantauan Bersepatu Program Rintis Kolej Vokasional. Yang hadir ialah 1. Hj.Zulkiflee Abd Rahman dari BPTV  2. Hj.Sazali  - Jemaah Nazir 3. En.Anuar Maasom, BPK  4. Hj. Suhaimie  IPG Pendidikan Teknik. 5. En.Kamarul dari Lembaga Peperiksaan


18 April 2012
Pemantauan Makmal Komputer PPN oleh Pegawai PPA Batu Pahat.
Pada hari yang sama ialah Pemantauan Pentaksiran dalam Kolej Vokasional oleh 4 orang pegawai LPM: En. Mazlan. En.Tamri, Pn Alwiyah, Ust Yassin.
23 April 2012
Pemantauan Audit Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia: En Rrahim dan En.Akram. kontraktor Kebersihan diberi amaran untuk meningkatkan lagi perkhidmatan mereka.
Dalam sibuk-sibuk ini, kena pergi pula, Seminar Integriti hari Ahad ini di Paroi. Alamakkk.......

Sunday, March 18, 2012

Sakit Kaki ku hendak ke Kundasang

Pada hari Isnin, 5 Mac , rasa OK sahaja. Entah kenapa, hari esoknya mula rasa sakit di bahagian belakang buku lali kaki. Sudahhh....gout aku datang kembali kerrr.

Selepas Maghrib, hari Selasa itu, aku ke Klinik Ibnu Sina dekat Fresco Chembong. Doktor itu kata bukan gout tetapi sakit dekat tulang lembut. Dia bagi pain-killer dan ubat sapu .....memang sudah jangka.



Sakit dekat tulang belakang paling kanan sekali...
Hari Rabu petang, 7 Mac, pergi ke Tampin bersama En.Hassan, Guard Kolej berjumpa tukang urut Cina. Hari Khamis petang, ulang sekali lagi. Bayaran RM25,00 sekali treatment.

Pada hari Jumaat, 9 Mac, sakit masih belum reda lagi dan ada 2 majlis besar iaitu Majlis Pelantikan Pengawas pada waktu pagi dan Mesyuarat Agung PIBG pada waktu petang. Haslina yang tersangat kasihan, belikan tongkat untuk aku. Segan pula nak guna.....

Hujung minggu kena layan kenduri kawin jiran aku, En.Kamaruddin Jamin diTaman Jelok Indah, Sg.Jelok. Bertugas sebagai pembantu chef kepada Chef Zamsari dan Chef Rahimah. Aduhh sakit kaki kuuuu....

Hari rabu, 14 Mac pula, lepas Maghrib juga pergi berurut dengan Pa'Cik Mahat di Taman Sri Rembau. Jika ada kawan-kawan lalu depan rumah dia jam itu dan dengar orang meraung....itu aku lah tuuu he he he.

Sampai hari ini, tumit kaki kanan aku masih rasa kurang selesa apabila berjalan. Minggu hadapan Selasa, 20 Mac hendak ke Kundasang Sabah. Silap-silap Pengarah suruh panjat Gunung Kinabalu, aper....he heh he

Tak apa....kuatkan semangat. STAY YOUNG, STAY FOOLISH, STAY RELEVANT.

Kundasang, here I come!!

Thursday, March 15, 2012

Keputusan SPM 2011

Mula-mula kata 22 Mac, kemudian semalam dalam berita TV3 kata hari rabu 21 Mac 2012. Saya harap anak-anak murid yang mendengar pengumuman ini dapatlah hadir untuk mengambil keputusan masing-masing. Bukan tidak boleh datang hari lain, cuma hari lain takut guru-guru yang hendak dijumpai tiada di sekolah atau sibuk urusan lain. Sebelum datang, cuba baca sekejap peringatan di bawah:


Semua Penerima Keputusan SPM 2011

Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja,
71300 Rembau,

Negeri Sembilan.


MAKLUMAN PENERIMAAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2011


1.        Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kolej mengalu-alukan kehadiran pelajar untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM pada hari Rabu, 21 Mac 2012. Sehubungan dengan itu, pihak kolej ingin memaklumkan beberapa perkara tentang etika berpakaian dan aturcara pada hari berkenaan.

2.       Pakaian:

·         Perempuan        -              Berbaju kurung / pakaian yang tidak menjolok mata dan
      Bertudung adalah digalakkan.

·         Lelaki                     -              berbaju kemeja, berseluar slack, berkasut serta berambut
                                                pendek dan kemas.

3.       Aturcara

11.00 pg                               -              Pelajar penerima keputusan dibenarkan masuk

12.00 tgh                              -              Taklimat Pengarah dan penyerahan slip keputusan pelajar
                                                              cemerlang.


Selepas 3.00 ptg pada hari tersebut dan hari-hari berikutnya, slip keputusan boleh diambil di pejabat sekolah dari jam 8.00 pg hingga 5.00 ptg.

4.       Kerjasama semua pelajar didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


MOHD JONED  MUSA
Pengarah,
Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja,
Rembau, N.S.

Tuesday, February 21, 2012

Sampai bila....

Pagi tadi jam 10.30 pg, KV DLM Rembau dikunjungi pegawai JKR dari pelbagai jurusan dan pejabat.  Maksud saya pegawai dari ibu pejabat JKR di Maju Tower Kuala Lumpur dari Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi diketuai oleh Pn.Hjh.Talhah. En.Raihan dari Bahagian Kejuruteraan Awam, En.Muzammil dari Bahagian Kej.Mekanikal, Pn (apa namanya) dari Bahagian Elektrik (office di Mid Valley, Mega Mall) dan wakil dari JKR Negeri Sembilan dan JKR Rembau,

Kehadiran mereka ialah untuk melihat secara dekat kawasan pembinaan yang dicadangkan untuk Projek RMK-10. Ini adalah perjumpaan ke-4 saya dengan pihak JKR. Dua perjumpaan pertama di Maju Tower awal tahun ini dan perjumpaan ke-3 ialah di BPTV, Putrajaya.

Dalam perjumpaan ke-3, dimaklumkan yang perancangan awal bangunan-bangunan dan infrastruktur yang lain melebihi siling bajet yang ditentukan. Terpaksalah beberapa bangunan dan kemudahan di 'sacrifice' kan. Misalnya, kandang kambing terpaksa dikeluarkan. Bilangan reban ayam penelur dan ayam pedaging dikurangkan. Stor peralatan tidak jadi buat. Bilik yang asalnya ada 'air-cond' terpaksa menerima kipas angin sahaja.

Dalam perjumpaan ke-4 ini pula, lagi perubahan drastik dimaklumkan. Yang memeranjatkan ialah exit ke jalan menuju ke ILP Pedas(bertentangan dengan pintu masuk ke Pusat Jagaan Kanak-kanak Rembau) tidak dapat diadakan kerana ia berhampiran dengan simpang 4 yang berlampu isyarat. Kiosk Agro yang dirancang untuk dibina di exit ini terpaksa dipindahkan ke kawasan berhampiran gate ke-2, bersebelahan dengan padang sekolah.

Nampaknya, En.Bukhari, arkitek JKR terpaksa pergi balik ke drawing board. Saya harap ia tidak melambatkan permulaan projek pembinaan yang dijangka bermula sekitar September 2012.

Fuhhh......nampaknya warga KV DLM Rembau perlu menunggu lebih lama lagi.