Selepas Maghrib, hari Selasa itu, aku ke Klinik Ibnu Sina dekat Fresco Chembong. Doktor itu kata bukan gout tetapi sakit dekat tulang lembut. Dia bagi pain-killer dan ubat sapu .....memang sudah jangka.
Sakit dekat tulang belakang paling kanan sekali... |
Pada hari Jumaat, 9 Mac, sakit masih belum reda lagi dan ada 2 majlis besar iaitu Majlis Pelantikan Pengawas pada waktu pagi dan Mesyuarat Agung PIBG pada waktu petang. Haslina yang tersangat kasihan, belikan tongkat untuk aku. Segan pula nak guna.....
Hujung minggu kena layan kenduri kawin jiran aku, En.Kamaruddin Jamin diTaman Jelok Indah, Sg.Jelok. Bertugas sebagai pembantu chef kepada Chef Zamsari dan Chef Rahimah. Aduhh sakit kaki kuuuu....
Hari rabu, 14 Mac pula, lepas Maghrib juga pergi berurut dengan Pa'Cik Mahat di Taman Sri Rembau. Jika ada kawan-kawan lalu depan rumah dia jam itu dan dengar orang meraung....itu aku lah tuuu he he he.
Sampai hari ini, tumit kaki kanan aku masih rasa kurang selesa apabila berjalan. Minggu hadapan Selasa, 20 Mac hendak ke Kundasang Sabah. Silap-silap Pengarah suruh panjat Gunung Kinabalu, aper....he heh he
Tak apa....kuatkan semangat. STAY YOUNG, STAY FOOLISH, STAY RELEVANT.
Kundasang, here I come!!