Salam.
Whoa....apa nii. Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Kalau hendak dikatakan asyik melayan FB/muka buku tidak juga. Entree terakhir adalah bulan Jun lepas....masyaallah lamanya.. Satu sebab mungkin adalah kerana banyak sangat hendak di klik jika hendak sampai ke blog ini, kot.
Jadi hari ini adalah hari terakhir peperiksaan SPM buat tahun 2011. Paper terakhir ialah Agroteknologi Kertas 2, pada petang ini. Budak Agrotek pun ada 35 orang sahaja. Pelajar vokasional pula sudah tamat peperiksaan pada hari Khamis 8 Dis lepas.
Sekarang tengah layan buku 1Malaysia.Con yang ditulis oleh Dean Johns. Memang kandungannya mengkritik kerajaan UMNO/BN tetapi menarik juga hendak tahu "what the other side is telling about us".
Hope to write more...next time.
Ya lah tuuu........
Joned
Anything goes for this Pengarah of Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja, Rembau, N9.
Wednesday, December 14, 2011
Wednesday, June 8, 2011
Mesyuarat-....oh Mesyuarat
Di penghujung hendak habis cuti ini juga pun ada lagi Mesyuara Pengetua SM Teknik dan Vokasional. Kali ini ia akan diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini juga sempena Kejohanan Antara Teknik peringkat Kebangsaan di Kuantan.
SM Teknik Dato' Lela Maharaja ada wakil di peringkat ini, iaitu pasukan sofbol perempuan. Khabarnya akan berentap dengan pasukan dari SMT Kajang di bawah pimpinan Cikgu Fairuz.
Jumpa di sana!

Sunday, May 29, 2011
Program Cuti Sekolah 2011
Cuti Sekolah sudah bermula selama 2 minggu dari 27 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011. Ada lah sedikit peluang bagi guru dan anak murid untuk berehat. Namun begitu. ada sedikit kerja yang perlu dilaksanakan terutama sekali untuk pelajar Tuingkatan 5, SM Teknik DLM, Rembau iaitu Perkhemahan Akademik. Program ini adalah untuk mengekalkan momentum persiapan pelajar menghadapi Peperiksaan SPM 2011. Perisiannya biasalah seperti sesi motivasi, kerohanian, dan teknik menjawab soalan SPM/ Diharap ini mendapat 'fine tune' minda pelajar ke arah berusaha bersungguh untuk menghadapai peperiksaan. Di samping itu dapat menyentuh jiwa dan memperbaiki sahsiah para pelajar.
Pada masa yang sama, Koperasi Sekolah menerima tetamu dari SMK Mantin dalam Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Program ini bertujuan mendidik pelajar tentang manfaat bekerjasama demi manfaat bersama selaras dengan prinsip berkoperasi. Nampaknya pelajar SMT DLM yang terlibat menyahut cabaran Pengetua supaya "SEIZE THE MOMENT" dengan memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai hos. Diharap juga gambar-gambar aktiviti yang dijalankan dapat dipapar dalam blog dan website sekolah.
HIDUP SMT DLM REMBAU!!

Sunday, May 1, 2011
Prince William
Prince William got married to Catherine Middleton on the 29th April 2011 amidst the pomp and splendour that normally accompanied such an occasion involving the Bitish Royal family.
You must be wondering why on earth would I be interested in writing about the wedding. We all know that when it comes to being married the Royal family is not a good example of logevity in matrimony.....well except for the Queen herself. Look at Prince Charles, Princess Anne and Prince Andrew. They all make fools of themselves but yet the majority of their British subjects adore them.
Ahaa...back to the reason why I'm writing this post. Almost 30 years ago, on July 1981 Lady Diana Spencer, Prince William's mother got married to Prince Charles. During that time I was in Northampton, England and just completed my A-levels exam. It was not until late September did I join the University of Liverpool. It was a fairy tale wedding .......some people say it was the wedding of the century. We Malaysians living abroad couldn't help but being inadvertently absorbed into the euphoria of the event. Stories and reports about the wedding started months before the wedding date and continued long after it.
The whole nation and a good part of the world was glued to the telly during the wedding day...myself included. After all, it was the middle of summer and there was nothing else to do. Morever, Lady Diana was also born in 1961 ......so there was some significance in me being interested.
The marriage didn't last long as we all know .....the details sometimes made me sick. We can just hope the newly weds - Williams and Kate would strive to make their marriage work and ever-lasting in a nation where the marriage institution and the family unit is crumbling.

Friday, March 18, 2011
Wednesday, March 16, 2011
Projek
Saya sedng mengikuti Kursus Pengurusan Projek di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands. Kursus adalah dari 14- 17 Mac 2010.
Pengurusan Projek didefinisikan sebagai kaedah yang meliputi set teknik tertentu berasaskan prinsip pengurusan yang digunakan untuk merancang, mengelola, memimpin, menganggar dan mengawal kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti untuk mencapai hasil akhir pada masa yang ditetapkan, mengikut anggaran belanjawan dan spesifikasi yang dirancang untuk mencapai kualiti.
Dalam bahasa yang paling mudah, projek lebih bersifat sementara dan bersifat one-off, ada mula dan ada akhir.
Program meliputi skop yang lebih besar dan mengandungi pelbagai projek lain.
Kelainan ketara dalam kursus ini adalah pengenalan kepada tools dalam membuat projek terutama sekali penggunaan perisian XMind untuk menjada Rajah Ishikawa dan juga Perisian Microsoft Project.
Interesting .....but not quite sure it can be put into good use in schools!!

Wednesday, March 9, 2011
Pejabat Pengetua
Pejabat Pengetua SM Teknik , .Dato' Lela Maharaja, Rembau terletak dalam bangunan yang dipanggil UFO mungkin kerana bentuknya seperti "flying saucer" iaiatu satu panggilan alternatif untuk UFO atau Unidentified Flying Object.
Kursus Technology Management Training Programme
Kursus ini telah diadakan pada 21 - 24 Feb 2011 dan dianjurkan oleh Bahagian Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Universiti Kuala Lumpur. Kursus ini adalah untuk Pengetua yang terpilih untuk mendedahkan mereka kepada aspek Technology Management.
Ia adalah sejajar dengan Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional yang sedang berlaku sekarang.
Satu halk yang menarik uialah pendedahan kepada Production Based Education yang berhasrat untuk melahirkan technologist masa hadapan yang berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif serta mempunyai ciri-ciri usahawan.

Sunday, March 6, 2011
McFly
Teringat kepada cerita "Back to the Future" dengan Michael J Fox bila dapat berita beberapa orang pelajar asrama "fly" sekali lagi. Bagi yang tidak biasa dengan istilah "fly" ini , ia bermaksud keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran atau secara haram.
Perinciannya saya tidak boleh maklumkan di sini kerana blog ini dan link yang berkaitan dengannya mungkin dibaca oleh banyak pihak. Yang hendak dijelaskan ialah para pelajar sudah dimaklumkan banyak kali tentang kesalahan "fly ini. tetapi terdapat segelintir pelajar yang ingin menguji "resolve" kami tentang perkara ini.
Hakikatnya "fly" mengundang bahaya kepada diri pelajar seperti dilanggar lori, dipatuk ular (sebelah sekolah ada ladang kelapa sawit), dibelasah leh orang jahat atau dirogol dan diliwat!! Implikasi kepada sekolah dan ibu bapa serta penjaga tidak terkira hebatnya jika perkara-perkara yang disebut tadi menimpa pelajar.
Namun begitu masih ada pelajar yang sengaja mencari pasal melakukan kesalahan ini. Adakah ianya kerana ada sebab -sebab yang mendorong pelajar untuk 'fly".
Dalam soal-siasat yang dilakukan oleh Penolong Kanan HEM dan para warden, sebab yang diberikan pelajar ialah mereka lapar dan ingin keluar makan di kedai yang berhampiran sekolah. Masalahnya , adakah makan minum di Dewan Makan sekolah tidak cukup atau tidak sedap untuk dimakan? Lagipun, tidak banyak kedai makan yang buka jam 2 -3 pagi di Chembong dan sekitar Rembau.
Saya lebih kepada menganggap bahawa pelajar-pelajar ini "fly" kerana suka-suka sahaja. Ia telah wujud di semua sekolah yang ada asrama sejak zaman berzaman lagi. Soal lapar atau makanan tidak sedap di asrama adalah sekunder sahaja.
Walaubagaimana pun sebagai Pengetua, dari segi sudut makanan di asrama atau keadaan yang tidak kondusif untuk pelajar tinggal dan belajar di sekolah , saya perlu siasat dan cari jalan penyelesaian untuk mengurangkan jika tidak menghapuskan budaya "fly" ini.
Hmmm....nak ajak anak-anak saya tengok Marty McFly dalam 'Back to the Future' semula.....

Saturday, March 5, 2011
My favorite theme music
The new theme music is just as catchy, but somehow the new actors playing McGarett, Dano, Kono, Chin etc don't seem to blend with me.
Wednesday, March 2, 2011
BLOG SEKOLAH
Sering saya fikirkan bagaimana hendak menguar-uarkan lagi maklumat tentang sekolah. Kami sudah ada web-site tetapi sama ada maklumat yang ada padanya dapat di akses oleh orang di luar sana ....tidak dapat dipastikan. Web-site sekolah diselenggarakan oleh En. Yamin. Cara untuk update web-site itu hanya dia seorang saja yang tahu.
Baru ini saya minta seorang pelajar untuk memulakan blog sekolah. Saya panggil blogmaster lah.....Sekurang-kurangnya saya tahu sedikit tentang cara hendak update blog sebab saya pun ada blog sendiri - Joned's Musings. Jadi, jika saya hendak memasukkan maklumat dengan sendiri tidak perlulah saya menyusahkan blogmaster berkenaan. Setakat ini satu feature tambahan yang saya minta masukkan ialah keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Diharap akan lebih menarik lagi blog sekolah ini setelah dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa .....macam blog Pengetua SMV Ampangan.

Thursday, February 24, 2011
Kursus oh kursus!
Assalamualaikum wbt.
...baru balik hari ini dari berkursus di Selesa Beach Resort, Port Dickson dari 21 - 24 Feb 2011.. Kursus "Technology Management Training Programme" dikendalikan oleh Universiti Kuala Lumpur bagi pihak Unit Kejurulatihan, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.
30 orang Pengetua SMT dan SMV dari seluruh negara turut hadir. Kursus ini mempunyai tema umum yang sejajar dengan arus transformasi yang melanda pendidikan Teknik dan Vokasional
Konsep yang paling menarik ialah Production Based Education (PBE) yang memasukkan elemen keushawanan dan teknologi dalam pendidikan vokasional. Pelaksanaan School Enterprise adalah program sedia ada yang akan berkembang lebih hebat lagi jika PBE diperluaskan.
Lawatan ke Malaysian Institute of Aviation Tecnology (MIAT) juga diaturkan oleh penganjur. MIAT yang terletak di Jenderam Ulu dekat Salak Tinggi adalah salah satu dari kampus utama Universiti Kuala Lumpur.

Tuesday, February 1, 2011
Cuti-cuti yang tak cuti.
SMT Dato'Lela Maharaja Rembau cuti sekolah selama seminggu sempena Cuti Tahun Baru Cina. Hampir semua sekolah yang ada murid atau guru yang berbangsa Cina akan mengambil cuti sebegini. Tetapi seperti biasa, kemudian kena gantilah....Pada 22 hb Januari lepas sudah ganti sekali dan kami di Teknik DLM melaksanakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.
Pada 28hb Jan diadakan Majlis 3-penjuru iaitu perjumpaan di antara ibu-bapa, guru dan pelajar tingkatan 5 untuk membincangkan prestasi pelajar dalam Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Dalam majlis berkenaan juga diadakan penyerahan lencana Elite DLema dan Permata D'Lema bagi pelajar yang mendapat 5A keatas dan yang lulus sempurna dalam semua mata pelajaran.
Yang tidak berapa seronoknya ialah anak yang bongsu, Farhad bersekolah pada hari Isnin(31 Jan) dan Selasa (1 Feb.). Jadi tidaklah kemana-mana cuti sekolah ini. Elok juga, saya terus datang kerja di sekolah dan Aliya boleh mula menyertai kelas tuisyen Add Maths yang dikendalikan oleh Cikgu Ridhuan dari SMK Dato'Sedia Raja.
Cadangnya Raya Cina ini nak pergi rumah member, Chang Yew Shean di Sg.Long. Ada siapa nak ikut.?

Subscribe to:
Posts (Atom)