Dalam Mesyuarat Guru kali ke-2, saya menekankan bertapa pentingnya kita mendokumenkan atau merekod segala apa tindakan yang kita lakukan sewaktu menjalankan tugas harian. Dokumen ini boleh jadi dalam fail teks, gambar mahu pun video.
Keperluan ini menjadi lebih penting dan urgent apabila sekolah telah ditransformasikan menjadi Kolej Vokasional. Tiada buku teks, tiada modul, tiada CD. Guru hanya dibekalkan dengan salinan sukatan pelajaran/NOSS/kurikulum (panggil lah apa-apa pun) dan sedikit taklimat bagaimana hendak menjalankan kursus baru ini. Apa yang lebih diperlukan ialah WIM (Written Instructional Manual). WIM ini selalunya disediakan oleh pusat bertauliah yang mengendalikan sesuatu kursus kemahiran. Oleh kerana itu, pusat-pusat ini agak keberatan untuk berkongsi WIM yang mereka telah bertungkus lumus menyediakannya.
Apatah lagi, WIM untuk kursus pertanian seperti mana yang ditawarkan di Kolej Vokasional DLM Rembau ini tidak banyak terdapat di mana-mana institusi latihan kemahiran pertanian. Jika ada pun,cuma untuk tahap 1 atau 2. Jarang sampai ke tahap 4 seperti mana yang dikehendaki. Ini tidak termasuk untuk kursus baru seperti tanaman herba yang NOSS untuknya belum pasti lagi ada atau tidak.
Berlatar belakangkan ini, maka, hendak atau tidak pusat latihan seperti di KV Rembau ini terpaskalah menyediakan WIM sendiri di samping berusaha mencari, meminta,memujuk atau membeli WIM dari tempat lain.
Penyediaan WIM memerlukan planning yang komprehensif, pembahagian kerja yang efficient dan tenaga kerja yang komited. Penggunaan komputer di kalangan semua staf pengajar mestilah extensive dan sistematik. Setiap WIM atau bahan pengajaran itu perlu dikatalogkan, disimpan dan dapat diakses oleh semua staf yang berkenaan. Bahan ini juga atau panduan pembelajaran yang lain sepatutnya dapat diakses oleh pelajar juga.
Justeru, saya telah mencadang kepada setiap unit kursus menyediakan blog mereka sendiri untuk mememuatkan bahan-bahan p&p. Mengapa blog dan bukannya laman sesawang ialah kerana pada pendapat saya mempelajari blogging lebih mudah dari buat web-site.
Saya harap kursus membuat blog yang telah diaturkan oleh Pn.Diana Aizera dan En.Rosli serta melibatkan bekas pelajar sekolah/kolej ini pada 11 Feb 2012 depan dapat diadakan dengan jayanya.
wah...you are so improve in blogging...hopefully you are happy..
ReplyDeleteJust want to ask one question...what happen to the science teacher in your school since becoming KV...are they need to move out from the school?