Wednesday, December 14, 2011

Melampau!

Salam.

Whoa....apa nii. Sudah lama tidak menulis dalam blog ini. Kalau hendak dikatakan asyik melayan FB/muka buku tidak juga. Entree terakhir adalah bulan Jun lepas....masyaallah lamanya.. Satu sebab mungkin adalah kerana banyak sangat hendak di klik jika hendak sampai ke blog ini, kot.

Jadi hari ini adalah hari terakhir peperiksaan SPM buat tahun 2011. Paper terakhir ialah Agroteknologi Kertas 2, pada petang ini. Budak Agrotek pun ada 35 orang sahaja. Pelajar vokasional pula sudah tamat peperiksaan pada hari Khamis 8 Dis lepas.

Sekarang tengah layan buku 1Malaysia.Con yang ditulis oleh Dean Johns. Memang kandungannya mengkritik kerajaan UMNO/BN tetapi  menarik juga hendak tahu "what the other side is telling about us".

Hope to write more...next time.

Ya lah tuuu........

Joned

Wednesday, June 8, 2011

Mesyuarat-....oh Mesyuarat

Di penghujung hendak habis cuti ini juga pun ada lagi Mesyuara Pengetua SM Teknik dan Vokasional. Kali ini ia akan diadakan di Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang. Mesyuarat ini juga sempena Kejohanan Antara Teknik peringkat Kebangsaan di Kuantan.
SM Teknik Dato' Lela Maharaja ada wakil di  peringkat ini, iaitu pasukan sofbol perempuan. Khabarnya akan berentap dengan pasukan dari SMT Kajang di bawah pimpinan Cikgu Fairuz.

Jumpa di sana!

Sunday, May 29, 2011

Program Cuti Sekolah 2011

Cuti Sekolah sudah bermula selama 2 minggu dari 27 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011. Ada  lah sedikit peluang bagi guru dan anak murid untuk berehat. Namun begitu. ada sedikit kerja yang perlu dilaksanakan terutama sekali untuk pelajar Tuingkatan 5, SM Teknik DLM, Rembau iaitu Perkhemahan Akademik. Program ini adalah untuk mengekalkan momentum persiapan pelajar menghadapi Peperiksaan SPM 2011. Perisiannya biasalah seperti sesi motivasi, kerohanian, dan teknik menjawab soalan SPM/ Diharap ini mendapat 'fine tune' minda pelajar ke arah berusaha bersungguh untuk menghadapai peperiksaan. Di samping itu dapat menyentuh jiwa dan memperbaiki sahsiah para pelajar.

Pada masa yang sama, Koperasi Sekolah menerima tetamu dari SMK Mantin dalam Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Program ini bertujuan mendidik pelajar tentang manfaat bekerjasama demi manfaat bersama selaras dengan prinsip berkoperasi. Nampaknya pelajar SMT DLM yang terlibat menyahut cabaran Pengetua supaya "SEIZE THE MOMENT" dengan memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai hos. Diharap juga gambar-gambar aktiviti yang dijalankan dapat dipapar dalam blog dan website sekolah.

HIDUP SMT DLM REMBAU!!

Sunday, May 1, 2011

Prince William

Prince William got married to Catherine Middleton on the 29th April 2011 amidst the pomp and splendour that normally accompanied such an occasion involving the Bitish Royal family.
You must be wondering why on earth would I be interested in writing about the wedding. We all know that when it comes to being married the Royal family is not a good example of logevity in matrimony.....well except for the Queen herself. Look at Prince Charles, Princess Anne and Prince Andrew. They all make fools of themselves but yet the majority of their British subjects adore them.
Ahaa...back to the reason why I'm writing this post. Almost 30 years ago, on July 1981 Lady Diana Spencer, Prince William's mother got married to Prince Charles. During that time I was in Northampton, England and just completed my A-levels exam. It was not until late September did I join the University of Liverpool. It was a fairy tale wedding .......some people say it was the wedding of the century. We Malaysians  living abroad couldn't help but being inadvertently absorbed into the euphoria of the event. Stories and reports about the wedding started months before the wedding date and continued long after it.
The whole nation and a good part of the world was glued to the telly during the wedding day...myself included. After all, it was the middle of summer and there was nothing else to do. Morever, Lady Diana was also born in 1961 ......so there was some significance in me being interested.
The marriage didn't last long as we all know .....the details sometimes made me sick. We can just hope the newly weds - Williams and Kate would strive to make their marriage work and ever-lasting in a nation where the marriage institution and the family unit is crumbling.



Wednesday, March 16, 2011

Projek

Saya sedng mengikuti Kursus Pengurusan Projek di Institut Aminuddin Baki di Genting Highlands. Kursus adalah dari 14- 17 Mac 2010.
Pengurusan Projek didefinisikan sebagai kaedah yang meliputi set teknik tertentu berasaskan prinsip pengurusan yang digunakan untuk merancang, mengelola, memimpin, menganggar dan mengawal kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti untuk mencapai hasil akhir pada masa yang ditetapkan, mengikut anggaran belanjawan dan spesifikasi yang dirancang untuk mencapai kualiti.
Dalam bahasa yang paling mudah, projek lebih bersifat sementara dan bersifat one-off, ada mula dan ada akhir.
Program meliputi skop yang lebih besar dan mengandungi pelbagai projek lain.
Kelainan ketara dalam kursus ini adalah pengenalan kepada tools dalam membuat projek terutama sekali penggunaan perisian XMind untuk menjada Rajah Ishikawa dan juga Perisian Microsoft Project.
Interesting .....but not quite sure it can be put into good use in schools!!

Wednesday, March 9, 2011

Pejabat Pengetua

Pejabat Pengetua SM Teknik , .Dato' Lela Maharaja, Rembau terletak dalam bangunan yang dipanggil UFO mungkin kerana bentuknya seperti "flying saucer" iaiatu satu panggilan alternatif untuk UFO atau Unidentified Flying Object.