Saturday, November 6, 2010

Publisiti Sekolah

Tahun hadapan, 2011 tiada pengambilan untuk kursus kejuruteraan - Civil, Mechanical dan Electrical. Maka pengambilan untuk kursus vokasional perlu ditambahkan. Sekolah telah diarahkan untuk menjalankan langkah-langkah perlu bagi meningkatkan enrolmen pada tahun hadapan. Program "outreach" masih berejalan di bawah kelolaan Kaunselor sekolah. Guru dan murid juga diminta uar-uarkan kepada sesiapa sahaja tentang SMT Dato'Lela Maharaja, Rembau dan kursus-kursus yang ditawarkan.

Saya sebagai Pengetua juga mengambil peluang bercakap dan mengedarkan risalah tentang sekolah. usaha terbaru ialah meletakkan iklan di laman facebook saya. Saya meminta yang mengenali dalam facebook supaya menampalkan iklan itu di wall facebook masing-masing. Saya harap ada kawan-kawan, sanak saudara dan anak murid yang sedia membantu. Saya sertakan juga dalam blog ini gambar iklan yang saya buat dengan power-point.

Joned

No comments:

Post a Comment