Tuesday, February 1, 2011

Cuti-cuti yang tak cuti.

SMT Dato'Lela Maharaja Rembau cuti sekolah selama seminggu sempena Cuti Tahun Baru Cina. Hampir semua sekolah yang ada murid atau guru yang berbangsa Cina akan mengambil cuti sebegini. Tetapi seperti biasa, kemudian kena gantilah....Pada 22 hb Januari lepas sudah ganti  sekali dan kami di Teknik DLM melaksanakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah.

Pada 28hb Jan diadakan Majlis 3-penjuru iaitu perjumpaan di antara ibu-bapa, guru dan pelajar tingkatan 5 untuk membincangkan prestasi pelajar  dalam Peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Dalam majlis berkenaan juga diadakan penyerahan lencana Elite DLema dan Permata D'Lema bagi pelajar yang mendapat 5A keatas dan yang lulus sempurna dalam semua mata pelajaran.

Yang tidak berapa seronoknya ialah anak yang bongsu, Farhad bersekolah pada hari Isnin(31 Jan) dan Selasa (1 Feb.). Jadi tidaklah kemana-mana cuti sekolah ini. Elok juga, saya terus datang kerja di sekolah dan Aliya boleh mula menyertai kelas tuisyen Add Maths yang dikendalikan oleh Cikgu Ridhuan dari SMK Dato'Sedia Raja.

Cadangnya Raya Cina ini nak pergi rumah member, Chang Yew Shean di Sg.Long. Ada siapa nak ikut.?

No comments:

Post a Comment