Sunday, May 29, 2011

Program Cuti Sekolah 2011

Cuti Sekolah sudah bermula selama 2 minggu dari 27 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011. Ada  lah sedikit peluang bagi guru dan anak murid untuk berehat. Namun begitu. ada sedikit kerja yang perlu dilaksanakan terutama sekali untuk pelajar Tuingkatan 5, SM Teknik DLM, Rembau iaitu Perkhemahan Akademik. Program ini adalah untuk mengekalkan momentum persiapan pelajar menghadapi Peperiksaan SPM 2011. Perisiannya biasalah seperti sesi motivasi, kerohanian, dan teknik menjawab soalan SPM/ Diharap ini mendapat 'fine tune' minda pelajar ke arah berusaha bersungguh untuk menghadapai peperiksaan. Di samping itu dapat menyentuh jiwa dan memperbaiki sahsiah para pelajar.

Pada masa yang sama, Koperasi Sekolah menerima tetamu dari SMK Mantin dalam Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS). Program ini bertujuan mendidik pelajar tentang manfaat bekerjasama demi manfaat bersama selaras dengan prinsip berkoperasi. Nampaknya pelajar SMT DLM yang terlibat menyahut cabaran Pengetua supaya "SEIZE THE MOMENT" dengan memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai hos. Diharap juga gambar-gambar aktiviti yang dijalankan dapat dipapar dalam blog dan website sekolah.

HIDUP SMT DLM REMBAU!!

No comments:

Post a Comment