Wednesday, March 2, 2011

BLOG SEKOLAH

Sering saya fikirkan bagaimana hendak menguar-uarkan lagi maklumat tentang sekolah. Kami sudah ada web-site tetapi sama ada maklumat yang ada padanya dapat di akses oleh orang di luar sana ....tidak dapat dipastikan. Web-site sekolah diselenggarakan oleh En. Yamin. Cara untuk update web-site itu hanya dia seorang saja yang tahu.

Baru ini saya minta seorang pelajar untuk memulakan blog sekolah. Saya panggil blogmaster lah.....Sekurang-kurangnya saya tahu sedikit tentang cara hendak update blog sebab saya pun ada blog sendiri - Joned's Musings. Jadi, jika saya hendak memasukkan maklumat dengan sendiri tidak perlulah saya menyusahkan blogmaster  berkenaan. Setakat ini satu feature tambahan yang saya minta masukkan ialah keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan 4. Diharap akan lebih menarik lagi blog sekolah ini setelah dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa .....macam blog Pengetua SMV Ampangan.

1 comment:

  1. Tiada siapa akan tahu tentang sekolah anda atau kejayaan(atau the lack of it) atau maklumat yang hendak dikongsi jika anda sendiri atau orang yang anda tugaskan tidak pernah mengheboh-hebohkannya secara terang atau tersembunyi(hehe).

    Apa-apa pun anda selalu busy kan ?!

    ReplyDelete