Teringat kepada cerita "Back to the Future" dengan Michael J Fox bila dapat berita beberapa orang pelajar asrama "fly" sekali lagi. Bagi yang tidak biasa dengan istilah "fly" ini , ia bermaksud keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran atau secara haram.
Perinciannya saya tidak boleh maklumkan di sini kerana blog ini dan link yang berkaitan dengannya mungkin dibaca oleh banyak pihak. Yang hendak dijelaskan ialah para pelajar sudah dimaklumkan banyak kali tentang kesalahan "fly ini. tetapi terdapat segelintir pelajar yang ingin menguji "resolve" kami tentang perkara ini.
Hakikatnya "fly" mengundang bahaya kepada diri pelajar seperti dilanggar lori, dipatuk ular (sebelah sekolah ada ladang kelapa sawit), dibelasah leh orang jahat atau dirogol dan diliwat!! Implikasi kepada sekolah dan ibu bapa serta penjaga tidak terkira hebatnya jika perkara-perkara yang disebut tadi menimpa pelajar.
Namun begitu masih ada pelajar yang sengaja mencari pasal melakukan kesalahan ini. Adakah ianya kerana ada sebab -sebab yang mendorong pelajar untuk 'fly".
Dalam soal-siasat yang dilakukan oleh Penolong Kanan HEM dan para warden, sebab yang diberikan pelajar ialah mereka lapar dan ingin keluar makan di kedai yang berhampiran sekolah. Masalahnya , adakah makan minum di Dewan Makan sekolah tidak cukup atau tidak sedap untuk dimakan? Lagipun, tidak banyak kedai makan yang buka jam 2 -3 pagi di Chembong dan sekitar Rembau.
Saya lebih kepada menganggap bahawa pelajar-pelajar ini "fly" kerana suka-suka sahaja. Ia telah wujud di semua sekolah yang ada asrama sejak zaman berzaman lagi. Soal lapar atau makanan tidak sedap di asrama adalah sekunder sahaja.
Walaubagaimana pun sebagai Pengetua, dari segi sudut makanan di asrama atau keadaan yang tidak kondusif untuk pelajar tinggal dan belajar di sekolah , saya perlu siasat dan cari jalan penyelesaian untuk mengurangkan jika tidak menghapuskan budaya "fly" ini.
Hmmm....nak ajak anak-anak saya tengok Marty McFly dalam 'Back to the Future' semula.....
hahaha up up and away~
ReplyDelete