Saturday, January 28, 2012

Guard yang Bagus!

"Cat pondok jaga ni dah teruklah tuan. Jika ada cat, saya boleh tolong catkan" kata Alwi, salah seorang dari pengawal keselamatan Syarikat Safeforce di kolej saya, Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja Rembau.
Maka hari Khamis, 26 Jan yang lepas, saya belikan cat dengan aksesori yang lain di Rembau. Tidak sampai sejam daripada menerima barang yang dibeli Alwi, En.Hassan (Ketua Pengawal) dan Dijah sudah mula mengecat. Teruja saya melihat kesungguhan mereka untuk menjadikan post pengawal serta pagar dan gate hadapan sekolah dalam kedaan yang ceria dan menarik.
Pada hari Jumaat 27 Jan, saya belikan cat lagi untuk cat pintu post pengawal dan tembok gate hadapan sekolah. Waduuh....transformasi bahagian pintu masuk utama sekolah nampak lebih terserlah. Insyaallah, akan dimasukkan foto hasil usaha mereka. Tahniah dan terima kasih kepada kepada En.Hassan dan pengawal yang lain.

No comments:

Post a Comment