Saturday, January 21, 2012

The new KV Rembau.

Banyak perubahan telah berlaku sejak posting saya yang terdahulu. Bermula tahun 2012, Sek.Men. Teknik Dato' Lela Maharaja kini dikenali sebagai Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja, Rembau. Title Rintis atau "pioneer" ini diberi kerana kami adalah salah satu daripada15  SMT/SMV seluruh negara yang dinaik-taraf kepada Kolej Vokasional (KV) dalam tahun 2012. Pada tahun 2013, 63 lagi SMT/SMV akan dinaik-taraf. Hanya 10 buah sekolah sahaja akan kekal menjadi Sek.Menengah Teknik. Antaranya ialah, SMT Tuanku Jaafar, Seremban, SMT Kuala Lumpur dan SMT Johor Bharu.


Kemasukan pertama pelajar KV DLM Rembau ialah pada 9 Januari 2012 yang lepas. Sehingga hari Khamis, 19 Januari lepas seramai 165 orang pelajar telah mendaftar. Seramai 40 orang lagi akan dijangka mendaftar masuk pada hari Isnin 30 Januari. Kursus yang ditawarkan ialah:

1. Hortikultur Hiasan

2. Landskap

3. Agroindustri Tanaman

4. Agroindustri ternakan Ruminan

5. Agroindustri Ternakan Poltri

6. Mekanisasi Pertanian
Semoga Allah S.W.T. memberkati usaha ke arah Transformasi Pendidikan Vokasional ini.


No comments:

Post a Comment