Monday, July 27, 2009

Cuti H1 N1

Rasa pelik pagi ini. Mungkin kerana tak pergi sekolah hari ini. Dalam entry terdahulu, saya dah nyatakan yang sekolah Menengah Teknik Kajang dicutikan seminggu kerana 3 orang pelajarnya didapati positif kena virus H1 N1.

Semalam, Ahad 26 Ju.lai 09 ada call Atan dari SMAP Kajang. Rupanya sekolah dia juga kena cuti mulai hari Jumaat lepas. Yang hairannya, sekolah kami dan juga sekolah Teknik JB yang diarah cuti tidak pulak masuk surat khabar atau main news di TV. Mungkin juga pihak yang bertanggung jawab tidak mahu rakyat panic agaknya.

Hari ini berkesempatanlah hantar Fayyad untuk ke klinik gigi di Pusat Kesihatan Kerajaan. (tapi kena datang hari Jumaat kerana hari lain dikhaskan untuk orang dewasa saja). Lepas itu pergi Pejabat Pos, masukkan sedikit duit ke tabung ASB. Lepas tu join Burn dan Hasnol dalam projek tanam cili kami. Alamak kerja sedikit sahaja....badan dah sakit-sakit. Kena dibiasakan.

Rosli, driver bas Teknik Kajang juga ada turut serta membantu. Ringanlah beban. Esok, kalau badan tak sakit, nak join dia orang lagi. Ingat nak ambil gambar sekali...boleh tayang dalam blog ini.

No comments:

Post a Comment