Sunday, July 19, 2009

Orang kahwin

Tahniah kepada Rozaidah bt Ismail aka Abang Ali sempena majlis walimatul urusnya hari ini. Emak Rozaidah adalah kakak sulong kepada orang rumah saya. Mereka tinggal di Kg Sg Tungku tidak jauh dari Teluk Intan, Perak.

Saya ni kalau majlis orang kawin memang jarang duduk-duduk saja tanpa membuat sebarang kerja. Apatah lagi kalau majlis kawin saudara-mara atau kawan-kawan rapat dalam satu taman. Tapi lain dulu...lain sekarang. Kerja kuat sikit asyik aje sakit-sakit badan dibuatnya.

Ya lah dah nak masuk 48 26 Julai ini. Cuma DG 48 saja belum dapat-dapat lagi. Belum ada rezeki kot.

Slaemat Pengantin Baru Rozaidah dan Abas!!

No comments:

Post a Comment