Pagi ini selepas solat subuh seramai 54 orang guru akan ke Universiti Tun Hussein Onn(dulu KUITTHO) di Parit Raja, Batu Pahat kerana menghadiri Majlis Konsolidasi Pendidikan Vokasional. Belum pasti lagi format majlis itu tetapi mungkin dalam bentuk seminar. Terdapat juga ura-ura yang perjumpaan ini akan mengandungi elemen ceramah politik tetapi kami tunggu dan lihat. Yang pastinya dapat makan angin dan menyertai majlis ilmu di Batu Pahat. Diharap mereka hidang beriyani gam untuk lunch!
Asalnya BPTV meminta semua guru untuk hadir tetapi disebabkan beberapa program yang sudah di atur dan melibatkan orang luar maka terpaksalah seramai 20 orang guru dikecualikan. Di antaranya ialah 16 orang guru yang akan mengikuti Bengkel membuat Blog untuk unit masing-masing. Bengkel ini dikendalikan oleh En.Nasir Mukhriz dan En.A.Rahman Hitam. Ia akan dilaksanakan di Makmal Komputer sekolah dibawah penyelarasan Puan Diana Aziera dari jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tgh.
Warga KV DLM Rembau tidak sabar-sabar menunggu produk dari bengkel blog di atas.
Selamat berbengkel dan "chillax" - Rozie Tahir di Batu Pahat.
p/s chillax - chill and relax he he he....
No comments:
Post a Comment