Tuesday, February 14, 2012

Tribute untuk Whitney Houston

Whitney Houston meninggal semalam pada usia 48 tahun. Saya mula mengenali dia rasanya pada tahun 1985-86. Suara dia memang mengancam, macam kita punya Ning Baizura.

Antara lagunya yang sangat popular ialah "I will always love you" yang direkod pada tahun 1992 untuk filem pertama Whitney, The Bodyguard bersama Kevin Costner. Yang menariknya lagu ini telah dicipta dan dinyanyikan buat kali pertama oleh Dolly Parton sebagai sebuah lagu rentak country pada tahun 1974.

Versi Whitney berentak soul  dan meletup pada jangka waktu yang lama.

Whitney meninggal dunia dalam keadaan dirinya tidak terurus kerana dadah dan arak. Semoga kita dijauhkan dari bahana ini.


Saya mendapat tahu, salah seorang dari guru saya, Mr.Fong meminati Whitney Houston. Saya sertakan video lagu Whitney di bawah , tetapi dinyanyikan oleh seorang pemuda Cina dalam satu program hiburan Hong Kong, agaknya..

No comments:

Post a Comment