Pagi tadi jam 10.30 pg, KV DLM Rembau dikunjungi pegawai JKR dari pelbagai jurusan dan pejabat. Maksud saya pegawai dari ibu pejabat JKR di Maju Tower Kuala Lumpur dari Bahagian Pendidikan dan Pengajian Tinggi diketuai oleh Pn.Hjh.Talhah. En.Raihan dari Bahagian Kejuruteraan Awam, En.Muzammil dari Bahagian Kej.Mekanikal, Pn (apa namanya) dari Bahagian Elektrik (office di Mid Valley, Mega Mall) dan wakil dari JKR Negeri Sembilan dan JKR Rembau,
Kehadiran mereka ialah untuk melihat secara dekat kawasan pembinaan yang dicadangkan untuk Projek RMK-10. Ini adalah perjumpaan ke-4 saya dengan pihak JKR. Dua perjumpaan pertama di Maju Tower awal tahun ini dan perjumpaan ke-3 ialah di BPTV, Putrajaya.
Dalam perjumpaan ke-3, dimaklumkan yang perancangan awal bangunan-bangunan dan infrastruktur yang lain melebihi siling bajet yang ditentukan. Terpaksalah beberapa bangunan dan kemudahan di 'sacrifice' kan. Misalnya, kandang kambing terpaksa dikeluarkan. Bilangan reban ayam penelur dan ayam pedaging dikurangkan. Stor peralatan tidak jadi buat. Bilik yang asalnya ada 'air-cond' terpaksa menerima kipas angin sahaja.
Dalam perjumpaan ke-4 ini pula, lagi perubahan drastik dimaklumkan. Yang memeranjatkan ialah exit ke jalan menuju ke ILP Pedas(bertentangan dengan pintu masuk ke Pusat Jagaan Kanak-kanak Rembau) tidak dapat diadakan kerana ia berhampiran dengan simpang 4 yang berlampu isyarat. Kiosk Agro yang dirancang untuk dibina di exit ini terpaksa dipindahkan ke kawasan berhampiran gate ke-2, bersebelahan dengan padang sekolah.
Nampaknya, En.Bukhari, arkitek JKR terpaksa pergi balik ke drawing board. Saya harap ia tidak melambatkan permulaan projek pembinaan yang dijangka bermula sekitar September 2012.
Fuhhh......nampaknya warga KV DLM Rembau perlu menunggu lebih lama lagi.
No comments:
Post a Comment